KHASIAT MINYAK BULUH PERINDU
Khasiat Buluh Perindu merujuk kepada manfaat tumbuhan tersebut dalam dunia mistik. Ianya menjadi tumbuhan buruan paranormal malah pencariannya juga masih giat dijalankan sehingga ke hari ini. Disebalik keistimewaannya itu, masih juga terdapat berita dan cerita aneh khusus buat tumbuhan ini. Ada yang mengatakan bahawa ianya dijaga oleh para bunian, malah ada juga yang mendakwa bahawa ianya adalah tempat tinggal Sang Pontianak.
Berbicara lanjut mengenai khasiat buluh perindu, saya persilakan anda untuk menelusuri artikel pada hari ini.
Umumnya, tumbuhan buluh perindu ini merupakan khazanah alam yang amat istimewa. Padanya terdapat suatu energi yang menarik dan mampu menjadi kegilaan para peminat mistik di luar sana. Dengan kewujudan tumbuhan inilah maka tercetusnya suatu minyak mistik ampuh yang diberi nama Minyak Buluh Perindu. Bahkan jangan terkejut jika saya mengatakan bahawa minyak ini amat diminati bahkan dicari-cari pewarisnya bagi memiliki minyak yang cukup ampuh ini.
Mengikut sejarah, tumbuhan ini pada asalnya telah ditemui oleh ahli paranormal di hutan Kalimantan, Indonesia. Tumbuhan ini digelar sebagai tumbuhan yang amat unik kerana hidupnya secara berpasang-pasangan. Ada jantan dan ada betinanya. Sesuai dengan sifatnya, ia kemudian diolah menjadi Minyak Buluh Perindu yang bertujuan untuk mengikat hubungan atau memutikkan rasa sayang dalam percintaan.
Namun begitu, tumbuhan istimewa ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicari apatah lagi dijumpai oleh mereka yang bukan ahlinya. Hanya orang yang benar pakar dalam ilmu mistik serta mempunyai pengetahuan luas berkaitan tumbuhan ini saja mampu menjumpainya. Malah terdapat juga waktu dan tempat khas membolehkan mereka menjumpai tumbuhan ini. Amat mustahil buat orang biasa untuk mendapatkannya di hutan belantara.
Ramai yang menganggap bahawa kewujudan Minyak Buluh Perindu hanya terkandung tumbuhan tersebut sahaja, bukan? Namun secara jujurnya saya mengatakan bahawa ramuannya adalah lebih dari itu. Amat mustahil jika suatu tumbuhan mampu mempermudah urusan dan cita-cita sang pemiliknya. Pastilah ada kekuatan dan energi lain yang menjadi nadi utama dan daya penggeraknya. Ianya adalah entiti yang juga disebut sebagai khadam.
Dalam setiap minyak mistik, pasti ada khadamnya. Ia berupa jin, syaitan, atau iblis. Khadam inilah yang akan membantu sang pemilik dalam usaha mencapai hajat yang mereka ingini. Begitu juga dengan Minyak Buluh Perindu, ianya diperkuatkan dengan kemasukan khadam di dalamnya serta melalui proses pertapaan dan pemujaan yang amat dahsyat. Hanya Minyak Buluh Perindu Berkhadam saja mampu berfungsi dengan jayanya.
Di bawah ini ada saya terangkan serba sedikit khasiat buluh perindu yang telah diolah menjadi minyak mistik berkhadam. Antara manfaatnya ialah :
– Untuk cepat bertemu jodoh
– Menundukkan pasangan
– Menyerlahkan aura pemikat serta pengasih
– Mengikat kasih sayang antara pasangan
– Membentuk kerukunan rumah tangga
– Membentuk keluarga yang harmoni
– Sebagai daya pemikat pasangan sejenis
– Menjadikan diri disayangi
– Lebih dihargai dan disenagi orang sekeliling
– Menundukkan pekerja bawahan dan disayangi pekerja atasan
– Membuka pintu rezeki
– Kata-kata lebih dipercayai
– Mendapat perhatian orang sekeliling
– Sebagai langkah perkembangan kerjaya
– Pelaris perniagaan
0 komentar:
Posting Komentar